Isnin, 15 September 2008

AKTIVITI KELUARGA HAJI SULONG @ HAJI LONG TAHUN 2008 (1)

MAJLIS BERBUKA PUASA
Jawatankuasa Keluarga Haji Sulong @ Haji Long, Pengasas Pondok Jeniang Kedah akan mengadakan Majlis berbuka puasa pada 26/9/2008 (malam 27) di Masjid Lama Jeniang (Masjid Hj Long).
-Bermula dengan ucapan YB Ustazah Hjh Ashah bt Haji Ghazali, EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita Negeri Kedah (cucu kepada TG Hj Long).
-Penyampaian sumbangan-Berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat Terawih, qiamullail, bersahur

SELAMAT HARI RAYA
Jawatankuasa Keluarga Haji Sulong @ Haji Long, Pengasas Pondok Jeniang Kedah mengucapkan selamat hari raya aidil fitri 1429H kepada semua anak murid, anak cucu dan kenalan kepada arwah Tuan Guru Haji Sulong @ Haji Long Bin Haji Chik.

SOLAT AIDIL FITRI
Solat sunat aidil fitri 1429H di Masjid Hj Long dengan khatib oleh Ustaz Salahuddin Hj Ghazali (Jakim). Ziarah ke kubur TG Hj Long dan keluarga.

KORBAN
Penyertaan dalam korban 1429H dialu-alukan. Diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Zulhijjah 1429H (Hari raya haji kedua)
Tempat: Masjid Hj Long (Masjid Lama Jeniang)
Berminat hubungi: Hj Afif bin Hj Mahmud bin Hj Sulong (0134849099)atau Adnan bin Hj Ayob bin Hj Sulong (0124466700)

LAWATAN KE INDONESIA
Lawatan ke Langkat dan Medan, Indonesia. Tarikh dan kos belum ditentukan.Seseiapa berminat hubungi: Bahauddin Hj Abdul Manan (0124034254)

MESYUARAT AJK KELUARGA HAJI SULONG
Satu mesyuarat jawatankuasa keluarga Hj Sulong akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 1 syawal 1429H
Tempat: Masjid Hj Long (Masjid Lama Jeniang)
Masa: 12.00 tgh (selepas ziarah kubur TG Hj Long)
Kehadiran AJK dimestikan dan kehadiran keluarga dialu-alukan.
Sebarang masalah, hubungi Pengerusi Tuan Hj Afif bin Hj Mahmud bin Hj Sulong (0134849099)

BIODATA HAJI SULONG ATAU HAJI LONG PENGASAS PONDOK JENIANG KEDAH MALAYSIA

Tuan Guru Haji Sulong atau Haji Long atau Tsabit (nama asal di Langkat) dilahirkan pada tahun 1889 di Langkat, Sumatera Utara Indonesia. Ayahnya bernama Haji Chik bin Haji Ibrahim, yang berasal dan meninggal dunia di Kg Kubang Teradeh Guar Kepayang Pendang Kedah. Ibunya bernama Tun Sari Banum (Tengku Sari Banum), yang berasal dari keturunan diraja Langkat, dipercayai meninggal dunia di Langkat, Indonesia. Ibu dan bapanya bercerai pada masa dia kecil. TG Hj Long mempunyai seorang adik perempuan iaitu Hajjah Putih, meninggal dunia di Pondok Chegar Pendang Kedah.TG Hj Long mempunyai banyak isteri. Isteri pertama adalah sepupunya iaitu Ramlah (Tok Langkat) berasal dari Langkat, Indonesia, meninggal dunia dan dikebumikan di Masjid Jeneri Sik Kedah, mempunyai dua orang anak iaitu Khalijah-md (anaknya Ishak (Awang Bok) dan Said-md) dan Haji Ayob-md (anaknya Mek, A. Rahman, Rah, Adnan, Rosilah, Din, Sariah). Tok Langkat mempunyai seorang anak lagi dengan suami lain (Mad Daham) iaitu Samin - Kg Kuala Sin, Bkt Selambau Kedah. Isteri kedua adalah Jawahir bt Hj Muhid berasal dari Desa Bedaro, Muarabungo, Jambi, Indonesia, meninggal dunia di Pondok Chemara Jeniang Kedah pada tahun 1982. Dikurniakan anak iaitu (1)Shamsiah-md, isteri kepada Hj Manan-md. (anaknya: Hasanah, Bahauddin, Salihatul Rafikah, Suhaimi), (2) Hj Mahmud-md (anaknya: Hj Afif, Mokhtar, Lutfi, Fuad, Abdul Halim), (3) Hjh Shuribah-Pondok Chemara, (4) Sofiah -Pondok Chemara (anaknya: Kholil, Zainol Abidin, Fazilah, Faridah, Faizah, Nuraini, Norma, Nan, Zulkifli), (5) Hjh Zainab-Kuala Jeneri (anaknya: YB Hjh Aishah, Salahuddin, Salawiyah, Salawati, Radzuan, Nawawi, Durah, Fatimah), (6) Ahmad Mokhzar-Jengka 17 (anaknya: Mazlan, Fikri, Zuraidi, ???), (7) Hjh Jasimah-Kg Jawa Rompin Pahang (anaknya: Fendi, Kodir, Suhaili, Akib).Isteri ketiga: Hjh Saniah-md, berketurunan Mandailing, asal dari Tebing Tinggi, Medan Indonesia. Dikurniakan anak iaitu Mahya-Lubuk Merbau (anaknya: Mazlan, Mahadir, Mahfuzoh, Mazidah, Maznah, Mujahidah, Marzuki Yamani), Siti Royah-Bt Caves KL (anaknya: Bahtiar, ???), Ibrahimi-Kg Kuala Jeneri (anaknya: Hamidah, Hafizi, Hakimi).Isteri keempat: Hjh Siti Rahmah-md, asal dari Kg Kota Bukit Jeneri Sik Kedah. dikurniakan anak iaitu Asiah-Kg Kedah Guar Kepayang (anaknya: Umi Nadrah, ????), Khuzaimah - Kg Padang Serai Pantai Remis Perak (anaknya: Syed, Syed), Shaharuddin - Pondok Jeniang (anaknya: ????).Isteri seterusnya: Hamiah, dikurniakan anak iaitu Jawamah (anaknya: An, Umi Kalsum, Busra).Seterusnya isteri-isteri yang tidak dikurniakan anak iaitu Aminah (asal dari Patani, Thailand) dan Hjh Khadijah (asal dari Kg Kemelong Sik Kedah).TG Hj Long dilahirkan di kalangan keturunan diraja Langkat. Hidup remaja sebagai ahli muzik atau penyanyi dengan mempelajari ilmu dunia (pertahanan diri), berkahwin dengan sepupunya Ramlah (Tok Langkat). Kemudian berhijrah ke Kedah mencari bapanya Hj Chik. Sebab-sebab lain berhijrah tidak diketahui.TG Hj Long kemudiannya insaf dari menjadi ahli muzik dan belajar di Pondok Chegar dibawah TG Hj Mat Robab sehingga layak membuka pondok. Semasa belajar di Pondok Chegar, berkahwin dengan Jawahir.TG Hj Long membuka pondok, pada mula di pondok lama (Kg Sungai Perahu Jeniang). Akibat ancaman komunis, berpindah ke tapak pondok sekarang. TG Hj Long meninggal dunia pada tahun 1966 di Pondok Jeniang Kedah.Terdapat banyak kisah-kisahnya dicerita oleh anak-anak muridnya, orang-orang tua akan dituliskan di lain masa. Sekian, terima kasih.