Khamis, 23 Oktober 2008

Salasilah Haji Sulong


SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 1429H

ATURCARA

8-12-2008M = 10/12/1429H (Isnin)
Solat Aidil Adha di Masjid TG Hj Sulong (Masjid Lama Jeniang).
Khatib/Imam: Tuan Syeikh Ahmad Nawawi Hj Ghazali
(Hakim Mahkamah Syariah Bandar Baru, Kedah)

9-12-2008M = 11/12/1429H (Selasa)
Aktiviti korban:
Penyembelihan binatang korban pada awal pagi, diikuti dengan melapah, seterusnya memotong daging untuk kenduri dan daging untuk diagihkan kepada penerimanya. Penyediaan untuk memasak makanan bagi kenduri.

Aktiviti pelajar/kanak-kanak:
Bermula dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di halaman Masjid TG Hj Sulong. Pertandingan mewarna, pertandingan tulisan jawi/khat tercantik, pertandingan laungan azan, pertandingan membaca/hafalan ayat Al-Quran, pertandingan nasyid solo dan selawat.

Jamuan/solat Zuhur:
Jamuan disediakan pada kebiasaaanya, jam 12.00 tengahari. Seterusnya, mengerjakan solat Zuhur secara berjamaah di Masjid TG Hj Sulong (Masjid Lama Jeniang).

Perjumpaan keluarga TG Hj Sulong dan mesyuarat tahunan:
Kaunter pendaftaran dan pembayaran yuran tahunan dibuka sebelah pagi. Mesyuarat tahunan diadakan selepas solat Zuhur dalam Masjid TG Hj Sulong dan di balai lintang. Dimulakan dengan ucapan pengacara, ucapan aluan pengerusi, memperkenalkan sanak saudara, pembentangan aktiviti dan kewangan tahun 2007/2008, perlantikan jawatankuasa baru, perkara berbangkit dan cadangan bagi tahun 2008/2009, pengkisahan salasilah keturunan, ucapan ibu-ibu dan bapa-bapa, penyampaian hadiah, salam kemaafan dan pengambaran beramai-ramai.

Isnin, 13 Oktober 2008

LAWATAN KE LANGKAT

InsyaAllah, satu lawatan ke Langkat akan diadakan seperti berikut:

JADUAL LAWATAN KE LANGKAT INDONESIA

Tarikh: 14-11-2008 (Jumaat)
-Tiba di Polonia jam 6.00 petang (sore) WIB
-Bermalam di Medan / Binjai

15-11-2008 (Sabtu)
-Ziarah sanak saudara di daerah Pengkalan Berandan
/ Tanjungpura / Stabat atau daerah berdekatan
-Bermalam di Tanjungpura / Stabat

16-11-2008 (Ahad)
-Ziarah sanak saudara di daerah Binjai / Lawang /
Medan atau daerah berdekatan
-Bermalam di Medan / Binjai

17-11-2008 (Isnin)
-Membeli barangan di Kota Medan / Binjai
-Berada di Polonia untuk berangkat ke Pulau Pinang
jam 2.00 sore WIB.


Ahli Rombongan:
1) Paksu Samin – anak Pak MadDaham (alm) / anak Ibu Ramlah (alm)
2) Abang Awang Ishak – cucu Hj Sulong (alm) / cucu Ibu Ramlah (alm) / cicit Tun Sari Banum (alm)
3) Makcik Hjh Zainab - anak Hj Sulong @ Sabit (alm) / cucu Tg Sari Banum (alm)
4) Pakcik Haji Ghazali – menantu Hj Sulong (alm), suami Hjh Zainab
5) Ahmad Radzuan (Tel: +60135044000) – cucu Hj Sulong (alm) / cicit Tun Seri Banun (alm) / anak Hj Ghazali & Hjh Zainab (ahli rombongan no. 3)
6) Fatimah - anak Hj Ghazali & Hjh Zainab.


Alamat keluarga di Langkat dan Medan:
Fatimah Sham Bt. Mat Lia dan keluarga
Desa Permatang Cengal Kecamatan Tanjung Pura
Kabupaten Langkat Sumut

Keluarga Thaharuddin Umar
Jalan Pembangunan III, No. 4, Glugur Darat
Kota Medan Sumut

Rogayah Rahmat
Jalan Langkat, N10B Tanjung Pura
Kabupaten Langkat Sumut 21139

Isnin, 6 Oktober 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT AIDIL FITRI

Alhamdulillah, lebih dari 40 ahli keluarga TG Hj Sulong menghadiri majlis berbuka puasa pada 26/9/2008. Sumbangan YB Ustazah Hajjah Aishah Haji Ghazali telah disampaikan dalam bentuk wang dan makanan.

Khatib bagi solat Aidil Fitri adalah Ustaz Zulhilmi anak kepada pengerusi, Tuan Hj Afif Hj Mahmud, menggantikan Ustaz Salahuddin Hj Ghazali (Jakim).