Khamis, 29 Disember 2011

PROGRAM KORBAN 1432H

Tahun 1432H, program korban diadakan pada hari raya pertama. Lebih dari seekor lembu dikorban. Semoga korban kita diterima Allah SWT

Sabtu, 26 Februari 2011

ZIARAH KE KOTA TEBING TINGGI INDONESIA

Pada tarikh 12.2.2011 (Sabtu) Pakteh Mi (Ibrahimi Hj Sulong) bersama Ahmad Radzuan (Bendahari Keluarga TG Hj Long) bertolak ke Kota Tebing Tinggi Sumatera Utara iaitu tempat asal arwah Toksu Hajjah Saniah Hj Abdul Latif Harahap (antara isteri muda TG Hj Long). Arwah berketurunan Mandailing.

Kami bertolak dari LCCT dengan pesawat airasia pada pukul 8.45 pagi dan sampai di sana 8.40 pagi (waktu sana la...lambat sejam). Apabila kami sampai ke Airport Medan, dijemput oleh cucu saudara Toksu. Kami naik Toyota Innova melalui Tg Merowa, Telok Pakam, singgah di Sei Sempah (makan di restoran padang).

Kami sampai di rumah arwah Hj Abdul Aziz (adik lelaki tunggal) Toksu, disambut oleh Nur Jannah, Budi, Pak Lurah dan lain-lain. Selepas makan tengah hari (sedap juga masak depa ni), pergi makam bapa Toksu (kubur keluarga mereka). Malam pergi rumah Md Dian (anak saudara Toksu).

Esoknya 13.2.2011, kami pergi Kg Sungai Belitu (kampung asal bapa Toksu) jumpa dua orang adik toksu (namanya anum dan ?). Tak kahwin-kahwin, 2 orang andartu. Yang sadisnya, depa dok di tengah-tengah masyarakat Batak Kristian. Pergi dengan Tulang (gelaran kepada anak lelaki tunggal kepada adik lelaki tunggal Toksu).

Pukul 4.00 waktu sana (lepas solat asar), kami bertolak pulang dari Kota Tebing Tinggi ke Medan dengan Tulang. Dia cekap ikut jalan belakang, elak jem (macet katanya). Turut menghantar Budi dan suami Nurjannah. Tengok banyak sungguh rumah Batak (siap ada kubur dalam kawasan rumah).

Cadangnya nak makan di Wong Solo tapi dah lewat makan kat airport sajalah. Naik pesawat air asia dalam pukul 9.20 malam waktu sana. Tempat duduk penuh, ramai sungguh.

Terima kasih kepada semua keluarga di sana kerana sudi terima kami.

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H kepada semua ahli keluarga TG Hj Long.