Isnin, 15 September 2008

AKTIVITI KELUARGA HAJI SULONG @ HAJI LONG TAHUN 2008 (1)

MAJLIS BERBUKA PUASA
Jawatankuasa Keluarga Haji Sulong @ Haji Long, Pengasas Pondok Jeniang Kedah akan mengadakan Majlis berbuka puasa pada 26/9/2008 (malam 27) di Masjid Lama Jeniang (Masjid Hj Long).
-Bermula dengan ucapan YB Ustazah Hjh Ashah bt Haji Ghazali, EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita Negeri Kedah (cucu kepada TG Hj Long).
-Penyampaian sumbangan-Berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat Terawih, qiamullail, bersahur

SELAMAT HARI RAYA
Jawatankuasa Keluarga Haji Sulong @ Haji Long, Pengasas Pondok Jeniang Kedah mengucapkan selamat hari raya aidil fitri 1429H kepada semua anak murid, anak cucu dan kenalan kepada arwah Tuan Guru Haji Sulong @ Haji Long Bin Haji Chik.

SOLAT AIDIL FITRI
Solat sunat aidil fitri 1429H di Masjid Hj Long dengan khatib oleh Ustaz Salahuddin Hj Ghazali (Jakim). Ziarah ke kubur TG Hj Long dan keluarga.

KORBAN
Penyertaan dalam korban 1429H dialu-alukan. Diadakan seperti berikut:
Tarikh: 11 Zulhijjah 1429H (Hari raya haji kedua)
Tempat: Masjid Hj Long (Masjid Lama Jeniang)
Berminat hubungi: Hj Afif bin Hj Mahmud bin Hj Sulong (0134849099)atau Adnan bin Hj Ayob bin Hj Sulong (0124466700)

LAWATAN KE INDONESIA
Lawatan ke Langkat dan Medan, Indonesia. Tarikh dan kos belum ditentukan.Seseiapa berminat hubungi: Bahauddin Hj Abdul Manan (0124034254)

MESYUARAT AJK KELUARGA HAJI SULONG
Satu mesyuarat jawatankuasa keluarga Hj Sulong akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 1 syawal 1429H
Tempat: Masjid Hj Long (Masjid Lama Jeniang)
Masa: 12.00 tgh (selepas ziarah kubur TG Hj Long)
Kehadiran AJK dimestikan dan kehadiran keluarga dialu-alukan.
Sebarang masalah, hubungi Pengerusi Tuan Hj Afif bin Hj Mahmud bin Hj Sulong (0134849099)

2 ulasan:

mohad berkata...

salam.. apa khabar...

KELUARGA TG HAJI SULONG @ HAJI LONG PENGASAS PONDOK JENIANG KEDAH berkata...

Waa'laikumussalam wtb, Alhamdulillah, semua AJK baik. Saudara Ijad dari mana?