Khamis, 23 Oktober 2008

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 1429H

ATURCARA

8-12-2008M = 10/12/1429H (Isnin)
Solat Aidil Adha di Masjid TG Hj Sulong (Masjid Lama Jeniang).
Khatib/Imam: Tuan Syeikh Ahmad Nawawi Hj Ghazali
(Hakim Mahkamah Syariah Bandar Baru, Kedah)

9-12-2008M = 11/12/1429H (Selasa)
Aktiviti korban:
Penyembelihan binatang korban pada awal pagi, diikuti dengan melapah, seterusnya memotong daging untuk kenduri dan daging untuk diagihkan kepada penerimanya. Penyediaan untuk memasak makanan bagi kenduri.

Aktiviti pelajar/kanak-kanak:
Bermula dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di halaman Masjid TG Hj Sulong. Pertandingan mewarna, pertandingan tulisan jawi/khat tercantik, pertandingan laungan azan, pertandingan membaca/hafalan ayat Al-Quran, pertandingan nasyid solo dan selawat.

Jamuan/solat Zuhur:
Jamuan disediakan pada kebiasaaanya, jam 12.00 tengahari. Seterusnya, mengerjakan solat Zuhur secara berjamaah di Masjid TG Hj Sulong (Masjid Lama Jeniang).

Perjumpaan keluarga TG Hj Sulong dan mesyuarat tahunan:
Kaunter pendaftaran dan pembayaran yuran tahunan dibuka sebelah pagi. Mesyuarat tahunan diadakan selepas solat Zuhur dalam Masjid TG Hj Sulong dan di balai lintang. Dimulakan dengan ucapan pengacara, ucapan aluan pengerusi, memperkenalkan sanak saudara, pembentangan aktiviti dan kewangan tahun 2007/2008, perlantikan jawatankuasa baru, perkara berbangkit dan cadangan bagi tahun 2008/2009, pengkisahan salasilah keturunan, ucapan ibu-ibu dan bapa-bapa, penyampaian hadiah, salam kemaafan dan pengambaran beramai-ramai.

2 ulasan:

matradin berkata...

Nampaknya saya telah tersalah kolum... sepatutnya saya beri komen pasal program korban dalam kolum ni.... tersasul pulak ke kolum Lawatan Ke Langkat.... nampak macam sedikit tersasar daripada tajuk.... Mohon maaf ya.... terlanjur dah berceloteh rasa gian la pulak nak menulis... maklumlah bakat menulis tu bak kata orang tua-tua tukang kelarah, tak cukup bendul tangga ditarah. Rasa kagum juga dengan himpunan keluarga hj sulong ni... kalau setakat seekor lembu tu.... eeemmm tak dan kat kita.... habih kat keluarga diaorang je.... anyway saya ucapkan tahniah dan syabaslah di atas keupayaan keluarga hj sulong mengadakan program seumpama ini. Harap-harap tahun depan kita buat lebih meriah lagi

KELUARGA TG HAJI SULONG @ HAJI LONG PENGASAS PONDOK JENIANG KEDAH berkata...

Terima kasih banyak2 kepada matradin atas komen serta sokongan saudara. InsyaAllah, kami bersama penduduk Jeniang akan mengadakan korban setiap tahun tetapi program keluarga TG Hj Sulong akan diadakan setiap 2 tahun. Terima kasih